Detektif Conan (名探偵コナン Meitantei Konan?) merupakan manga dan anime detektif karya Gosho Aoyama yang diterbitkan dalam majalah Shonen Sunday Mingguan sejak 1994. SyarikatTora Aman menerbitkan komik manga Detektif Conan dalam Bahasa Melayu bagi pembacaMalaysia.
Versi anime dihasilkan oleh Tokyo Movie Shinsha dan telah menayangkan lebih 450 episod siri televisyen yang masih bersiaran di kaca televisyen Jepun dan 13 buah filem telahpun dihasilkan. DiMalaysia, anime ini disiarkan pada hari Selasa, jam 7:30 malam di TV 3 dan juga di Astro Ceria saluran 611 .
Filem kesepuluh iaitu, Private Eyes' Requiem [1] telah diumumkan penerbitannya pada 15 Disember 2005 dan telah ditayangkan di seluruh tanah air Jepun pada 15 April 2006, yang buat pertama kalinya berada di kedudukan nombor satu di Jepun dan berterusan buat tiga minggu yang seterusnya. Pada 28 Mei 2006, filem ini telah mengaut $25.8 juta.
KISAH
Pada permulaan cerita, pelajar yang berusia 17 tahun yang bernama Kudou Shinichi telah menjadi budak lalu bertukar nama kepada Edogawa Conan. Shinichi pada mulanya telahpun terkenal sebagai detektif remaja di bahagian timur Jepun (Tokyo). Pada suatu hari, Shinichi pergi ke taman permainan yang bernama "Taman Tropika" bersama Ran Mouri . Dia terlibat dengan kes apabila penunggang roller coaster, Kishida, hilang kepalanya. Dia berjaya menyelesaikan kes tersebut dan ketika kepulangannya, dia menyaksikan satu pertemuan yang berlaku melibatkan sekumpulan lelaki yang memakai pakaian serba hitam. Malangnya, kehadirannya telah diketahui oleh salah seorang daripada mereka dan mereka memukul dan memberinya racun ujian yang bernama Apotoxin-4869 (APTX4869), yang sepatutnya membunuh Shinichi. Walau bagaimanapun, racun itu tidak membunuhnya tetapi sebaliknya, mengecutkan badannya hingga ke saiz pelajar sekolah rendah.
Dengan mengikut nasihat Dr. Agasa Hiroshi, Shinichi menyembunyikan identiti dan kisah sebenar kerana dikhuatiri akan diketahui penjahat berpakaian hitam tadi. Apabila Ran menanyakan namanya, Shinichi terlihat buku karangan Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo yang menjadikan namanya "Edogawa Conan." Agasa mengatakan yang "Conan" adalah anak saudaranya tetapi terlalu sibuk untuk menjaganya lalu mencadangkan "Conan" tinggal bersama dengan Ran, yang kemudiannya dipersetujui oleh mereka berdua.
Bapa Ran, Mouri Kogorou juga seorang detektif tetapi tidak begitu cekap. Conan sering menyelesaikan misteri untuknya. Dengan penampilan Conan yang hanya seorang budak, pihak polis jarang pedulikan Conan. Maka, Conan mempergunakan Detektif Mouri dengan menyuntiknya "jarum bius" dan berpura-pura menjadi Mouri dengan menggunakan pengubah suara yang ada di reben lehernya.
Watak utama yang muncul kemudian adalah seperti ibu bapa Shinichi iaitu Yusaku dan Yukiko , Hattori Heiji, pesaing dari Osaka-barat Jepun, Perompak Ganjil (Kaitou Kid/1412), pencipta APTX4869 Shiho Miyano (bergelar "Sherry" dalam kumpulan sindiket hitam tersebut yang turut menjadi kecil selepas mengambilnya sendiri dan tinggal bersama Dr. Agasa dengan nama Ai Haibara), dan ahli kumpulan hitam seperti Gin, Vodka, Tequila, Calvados, Pisco, Vermouth, Kir, Chianti, Köln, dan ketuanya yang misteri.
Detektif Conan mengikut format sastera klasik tentang misteri pembunuhan seperti Kes Bilik Tertutup dan kes dengan suspek yang terhad. Ia juga merangkumkan dan menyimpulkan kes dalam cara yang sama.
Manga juga menyelitkan Ensiklopedia Detektif yang mempunyai banyak watak detektif, misteri, dan sastera jenayah serta filem sepertiSherlock Holmes, Hercule Poirot, Shunsaku Kudo , Kogoro Akechi, Arsène Lupin, Kōsuke Kinda'ichi, Nero Wolfe, Jules Maigret, dan banyak lagi.
Watak Utama
- Kudou Shinichi (工藤 新一 Kudō Shin'ichi) – Merupakan detektif berusia 17 tahun yang kini menjadi seorang budak dengan bernamaEdogawa Conan(江戸川 コナン Edogawa Konan). Dia tengah berusaha mencari penawar racun APTX 4869 dan Kumpulan Berbaju Hitam yang memaksanya meminum racun tersebut. Dia kini tinggal bersama sahabat baiknya Ran dan ayah Ran. Walaupun dia suka akan Ran sejak kecil dia tidak berani meluahkan perasaannya. Dia sentiasa menelefon Ran agar tidak membiarkan Ran merisaukannya selain melindungi identiti sebenarnya daripada Ran. Ran memanggilnya seorang "otaku cerita misteri" kerana selalu membaca cerita misteri atau jenis deduktif. Rumahnya penuh dengan buku-buku jenis tersebut kerana pekerjaan ayahnya sebagai penulis cerita misteri. Dia paling mengkagumi detektif ciptaan Arthur Conan Doyle - Sherlock Holmes. Dia pandai bermain bola sepak. Walaupun pada mulanya dia hanya ingin melatih badannya, lama-kelamaan dia menjadi peminat sukan itu. Suaranya sumbang. Tinggal di No.22, Jalan Chiyo, Beika.
Hari lahir: 4 Mei
- Mouri Ran (毛利 蘭 Mōri Ran) – Sahabat baik Shinichi sejak sekolah rendah lagi. Kedua-duanya saling menyintai tapi tidak berani berhadapan untuk meluahkan perasaan masing-masing. Dia pakar dalam seni mempertahankan diri dan kapten pasukan karate malah pernah menjuari pertandingan peringkat Tokyo. Namun begitu, dia mudah takut akan cerita hantu. Dia turut menjaga Conan (yang dia tidak tahu bahawa dia ialah Shinichi) dan bapanya yang kurang bertanggungjawab, Detektif Kogoro Mouri. Dia pernah berkali-kali mensyaki Conan itu sebenarnya Shinichi tetapi selalunya tidak dibuktikan dan akhirnya akan mengaku Conan itu bukannya Shinichi.
Hari lahir: 23 Jun
- Mouri Kogorou (毛利 小五郎 Mōri Kogorō) – Bapa Ran, detektif persendirian yang tidak mahir. Dia pernah mengahwini Kisaki Eri, peguam berjaya, dan kini tinggal berasingan kerana sering bertelingkah. Walaupun agak kurang bertanggungjawab, dia amat menjaga anak perempuannya. Dia berkemahiran dalam menembak, pakar seni mempertahankan diri Judo, kuat minum dan peminat setia penyanyi Okino Yoko.
- Profesor Hiroshi Agasa (阿笠 博士, Agasa Hiroshi, atau Agasa-hakase, yang bermaksud Profesor Agasa) – Seorang professor yang agak cuai yang banyak mencipta alatan yang membantu Shinichi. Ciptaannya sering diketawakan oleh Shinichi. Jiran Shinichi sejak kecil. Dia kini menjaga Haibara yang tinggal bersamanya. Dia sering membawa Pasukan Detektif Muda keluar bermain dan berkhemah maka bertindak sebagai penjaga mereka dalam ekspedisi mereka.
- Miyano Shiho (宮野志保 Miyano Shiho) atau "Sherry" (シェリー) atau Ai Haibara (灰原哀 Haibara Ai) – Merupakan bekas ahli sindiket jenayah yang mencipta APTX 4869, racun yang mengecilkan Shinichi. Shiho mengkhianati organisasi itu selepas Gin membunuh kakaknya, Akemi Miyano. Shiho mengambil dadah tersebut dengan hasrat membunuh diri tetapi sebaliknya, seprti Shinichi, dia turut menjadi kecil. Dia dijaga oleh Dr. Agasa dan menjadi rakan dan pembantu Conan Edogawa' dengan nama Ai Haibara. Ibu bapanya mati dalam kemalangan sewaktu kecil. Dia kini berusaha memperbaik penawar APTX 4869 agar Conan dapat mendapatkan balik badan sebenarnya.
- Kojima Genta (小嶋元太 Kojima Genta) – Rakan Ayumi dan Mitsuhiko yang mendakwa dirinya sebagai ketua Pasukan Detektif Muda (Detective Boys, atau 少年探偵 Shōnen Tantei). Dia berbadan besar dan sering mendakwa dirinya betul tetapi turut mementingkan persahabatan. Kuat makan. Ketua kelas 1B di Sekolah Rendah Teitan (bersama Mitsuhiko,Ayumi,Conan dan Haibara).
- Tsuburaya Mitsuhiko (円谷光彦 Tsuburaya Mitsuhiko) – Rakan Ayumi dan Genta yang minat dengan Ayumi dan Haibara Ai. Pintar dan pandai menggunakan komputer. Dia selalu menunjukkan kefahaman pengetahuan am yang baik kerana banyak membaca buku pengetahuan sains. Ibu bapanya bekerja sebagai guru dan dia mempunyai seorang kakak.
- Yoshida Ayumi (吉田歩美 Yoshida Ayumi) – Seorang gadis kecil yang menjadi kawan Conan, Genta dan Mitsuhiko, Ayumi merupakan satu-satunya ahli perempuan dalam kumpulan mereka (sebelum kemasukan Ai Haibara). Dia jatuh hati kepada Conan (yang membuatkan Conan tidak selesa kerana dia menyukai Ran). Kuat menangis. Dia orang pertama yang cuba berkawan dengan Haibara ketika Haibara baru memasuki sekolah mereka. Haibara hanya membenarkan Ayumi memanggilnya "Ai-chan" yang lebih mesra daripada panggilan ahli Pasukan Detektif Muda terhadapnya iaitu nama keluarganya, "Haibara".
- Hattori Heiji (服部 平次 Hattori Heiji) - Anak kepada pegawai polis Osaka bernama Heizo dan seorang detektif seperti Shinichi. Dia kuat bersaing dengan Shinichi untuk membandingkan kehebatan deduksi mereka. Keupayaannya membuat kesimpulan tepat tidak kalah kepada Shinichi tetapi dia selalu bertindak lebih terburu-buru. Kulitnya hitam seperti ayahnya walaupun ibunya berkulit putih. Dia mengetahui identiti sebenar Conan dan sering membantunya menyembunyikan identiti sebenarnya daripada Ran.
- Suzuki Sonoko (鈴木 園子 Suzuki Sonoko)- Kawan baik Ran. Dia anak orang kaya. Walaupun begitu, Sonoko berlagak seperti seorang gadis remaja biasa: minat dengan barang atau permainan baru, suka membeli-belah dengan Ran dan berminat kepada lelaki yang kacak. Teman lelakinya ialah Kyogoku Makoto. Sebelum dia menemui teman lelakinya dia kurang bernasib baik dalam hal cinta.
- Toyama Kazuha (遠山 和葉 Tōyama Kazuha)-Anak ketua balai polis di Osaka. Dia mencintai Heiji walaupun mereka sering bergaduh dan dia tidak berani meluahkan isi hatinya. Pada mulanya, dia menyangka Shinichi seorang perempuan kerana terlalu cemburu (Heiji sering menceritakan tentang Shinichi kepadanya). Dia seorang ahli Aikido.
[sunting]Pegawai Polis
- Inspektor Jyuuzo Megure (目暮 十三 Megure Jūzō; Inspektor Megure 目暮警部 Megure-keibu) - Seorang detektif/pegawai polis yang mendedahkan pembayang yang tidak diperasankan oleh Conan dan Kogoro Mouri. Kogoro pernah bekerja di bawahnya 10 tahun yang lalu. Dia jarang menanggalkan topinya kecuali pernah dilihat ketika dia diserang yang mendedahkan parut lamanya. Isterinya bernama Midori (dia hampir mati akibat dilanggar oleh seorang penjenayah yang menyerang pelajar sekolah tinggi berskirt panjang ketika menyamar untuk memerangkap penjenayah itu).
- Miwako Sato (佐藤 美和子 Satō Miwako) – Pegawai polis muda yang bekerja dengan Megure. Bapanya juga merupakan pegawai polis sebelum dibunuh ketika Sato hanya berusia enam tahun. Rakan lamanya, Matsuda terbunuh dalam satu letupan. Dia merupakan seorang yang tabah, berani, bersemangat dan popular di kalangan polis lelaki dalam unit yang sama. Dia pernah menghadiri 'pertemuan jodoh' dengan Inspektor Shiratori tetapi gagal.
- Wataru Takagi (高木 ワタル Takagi Wataru) – Seorang lagi pegawai yang bekerja dengan Megure dan terpikat dengan Sato. Dia sering digambarkan sebagai orang yang sering gementar tapi tidaklah tak berguna. Kebolehannya adalah mampu menganalisis suatu situasi dengan cepat dan mengambil keputusan yang cepat apabila semuanya telah diketahui.
- Shiratori Ninzaburo (白鳥 任三郎 Shiratori Ninzaburō) - Seorang inspektor yang berkaliber. Dia mula-mula ditunjukkan menjadi pesaing kepada Takagi untuk memikat Sato kerana Sato serupa dengan seorang budak perempuan yang dia sukakan dahulu. Kemudian, dia mengetahui bahawa guru kelas Conan, Cikgu Kobayashi, sebenarnya gadis tersebut dan tidak lagi mengganggu hubungan Takagi dengan Sato.
- Chiba - Seorang pegawai polis yang bekerja dengan Inspektor Megure.
- Matsumoto Kiyonaga (松本 清長 Matsumoto Kiyonaga) - Pegawai atasan Inspektor Megure. Mukanya yang garang serta parut atas mata kirinya menyebabkannya kelihatan sukar untuk didampingi.
- Yumi Miyamoto - Seorang polis trafik dan kawan baik Sato. Dia sering menggalakkan perkembangan hubungan Sato dan Takagi.
- Yokomizo Sango
- Yokomizo Jugo
- Yamamura Misao (山村 ミサオ Yamamura Misao)- Pegawai polis muda yang cuai dan kurang berpengalaman dari daerah Gunma, dia amat beria-ia dalam kerjanya tetapi bersikap kebudak-budakan. Dia berkali-kali cuba memfilemkan proses deduksi Kogoro yang tidur tetapi selalu gagal. Sejak Conan membantunya menyelesaikan kes, Yamamura telah menjadi Inspektor.
- Hattori Heizo
- Gizo Nakamori- Cita-citanya untuk menangkap Kaitou Kid dan dia ni selalu gagal untuk menangkapnya
- Matsuda Jinpei - Seorang polis yang bertugas di seksyen Megure buat setempoh. Dia dibunuh ketika cuba menghalang seorang pengebom gila.
- Toyama Keijibucho
- Shiratori Chaki
[sunting]FBI
- James Black
- Akai Shuichi (Diberi kod nama Rye dalam organisasi berbaju hitam)
- Jodie Starling
- Andre Camel
[sunting]Kumpulan Berbaju Hitam
(黒の組織 "Kuro no Soshiki" 'Organisasi Hitam')
- Gin-Seorang ahli organisasi yang berpangkat. Gin seorang yang pintar dan tangkas membuat kan dia sukar ditangkap. Dia juga seorang pembunuh yang kejam dan tidak pernah mengingati muka orang yang dia telah bunuh.
- Vodka-Orang bawahan Gin yang memangilnya "Abang" atau "boss".
- Vermouth-perempuan yang gemar menunggang motor
- Chianti
- Kir
- Korn
- Bourbon- seorang ahli baru Kumpulan Berbaju Hitam. Haibara dicurigai oleh seorang mahasiswa bernama Subaru Okiya anggap sebagai Bourbon.
- Tequila
- Pisco
[sunting]Orang Yang Mengetahui Identiti Sebenar Conan
- Agasa Hiroshi - Orang pertama yang diberitahu identiti sebenar Conan.
- Kudo Yusaku - Ayah Shinichi dan seorang penulis novel misteri. Profesor Agasa memberitahu ibu bapa Shinichi tentang masalah yang dihadapinya. Mereka kini tinggal di Amerika Syarikat.
- Kudo Yukiko - Ibu Shinichi dan seorang bekas pelakon terkenal di Jepun.
- Hattori Heiji - Rahsia Conan dibongkar ketika cuba menggunakan Heiji untuk menyelesaikan satu kes.
- Haibara Ai
- Miyano Akemi - Diberitahu identiti sebenar Conan sebelum meninggal dunia.
- Vermouth - Tidak memberitahu identiti sebenar Conan kepada ketuanya, walaupun tujuan sebenarnya belum dipastikan lagi.
- Hondou Eisuke- Dahulunya ialah rakan sekelas Mouri Ran sekarang bertugas sebagai Ahli CIA
- Kaitou KID- Seorang pencuri yang licik yang digelari sebagai KID The Phantom Thief.
- Noah Ark (hanya dalam filem ke-enam)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan