Teman wanita ialah istilah yang boleh merujuk, baik kepada pasangan perempuan dalamhubungan cinta mahupun kawan perempuan bukan intim yang lebih rapat daripada kawan-kawan yang lain.[1]
Istilah ini sering digunakan dengan longgar dan terdapat sesetengah perdebatan tentang apakah sebenarnya takrif "teman wanita" yang tepat.
Dalam masyarakat Barat, status "teman wanita" umumnya bermula apabila dua orang bersetuju untuk keluar berpacar-pacaran. Kejayaan seseorang pemuda mendapat seseorang perempuan bersetuju untuk berbuat demikian merupakan suatu peristiwa penting dalam kehidupannya, dan sering diperlihat sebagai lambang status, berdasarkan tanggapan perempuan itu terhadapnya dalam kalangan rakan-rakan sebaya pemuda itu.
Istilah "teman wanita" tidak semestinya membayangkan perhubungan jantina. Dengan jangkaanresam seks yang berbeza-beza, istilah "teman wanita" boleh membayangkan hubungan percintaan manakala perkataan "teman" pada dirinya tidak membayangkan keintiman tersebut. Pada dasarnya, istilah "teman wanita" adalah sama sahaja dengan "kekasih" yang juga digunakan sebagai kata-kata sayang. Jargon remaja untuk "teman wanita" termasuk mak we, awek, dan cewek

Tiada ulasan:
Catat Ulasan